Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat

Sekumpulan Epitaf Surat surat Yang Lewat Himpunan puisi Karl Agan Kata orang satu satunya ubatuntuk patah hatiadalah dengan puisi Rupanya itu hanya mitos puisi hanyalahsebuah taman yang sunyi

  • Title: Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat
  • Author: Karl Agan
  • ISBN: 9789670596068
  • Page: 400
  • Format: Paperback
  • Himpunan puisi Karl Agan Kata orang,satu satunya ubatuntuk patah hatiadalah dengan puisi.Rupanya itu hanya mitos,puisi hanyalahsebuah taman yang sunyi.

    • Best Read [Karl Agan] ô Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat || [Graphic Novels Book] PDF Ü
      400 Karl Agan
    • thumbnail Title: Best Read [Karl Agan] ô Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat || [Graphic Novels Book] PDF Ü
      Posted by:Karl Agan
      Published :2018-05-09T18:34:58+00:00

    1 thought on “Sekumpulan Epitaf & Surat-surat Yang Lewat”

    1. karl dan puisi umpama pohon dan buah. tak dapat saya nyatakan karl yang mana satu, pokok kah. atau buahnya kah? ;kerana kedua nya saling menyerupai. sajak karl seolah-olah karl sendiri dan karl terlalu larut dalam apa yang dinamakan sajak.

    2. Sebetulnya saya sudah lama membaca BOKE dan berkira-kira mahu mengulasnya tetapi kata-kata hanya tertinggal pada ulas bibir saya, menghuni fikiran tanpa memaksanya menjadi sebuah catatan kecil di blog. Seperti sebuah penebusan dosa, seusai saya mencelah di antara helaian kertas dalam buku terbaru Karl, Sekumpulan Epitaf & Surat-surat yang Lewat, saya memutuskan menulis catatan ini, supaya ia tidak akhirnya menjadi hiasan pada ulas bibir saya atau bergelora hanya pada relung fikiran.Ramai pen [...]

    3. Karl Agan ini manis orangnya. Barangkali manisnya akibat dedahan radiasi yang terbias dari kilang gula di Batu Tiga. Aku berpendapat kebanyakan puisi Karl Agan ini dinukilkan pada waktu muka bumi ini bermandi hujan. Walaupun kadangkala aku berasa sedikit jemu dengan sifat keberulangannya akan perihal hujan, kopi dan rokok, namun itulah pemuisi, bermain dengan subjektiviti, dan itulah Karl Agan yang lazim aku kenal. Mengenepikan akan sifat keberulangan aku sentiasa percaya hujan adalah antara sub [...]

    4. Well, sejujurnya saya nak kasi lima tapi saya kedekut sikit. Empat bintang. Err 4.5 mungkin.You're good. Bagi saya, puisi ni tulisan hati, kalau awak jujur menulis, pembaca boleh rasa dan tafsirkan apa yang nak disampaikan.Saya baca waktu rehat, waktu kerja, dalam satu jam lima belas minit, saya dapat rasa naik-turun-sedih-gembira. Sekejap senyum, sekejap lagi berkerut. Habis je muka surat akhir, saya senyum panjang dan niat terus untuk tulis review dekat . Terima kasih dan saya puas hati. Silak [...]

    5. Saya rasa ini bacaan yang sempurna.Personal favorites are Kucing and puisi tentang rama-rama di perut.Tulisan Karl tak berbunyi pretentious, dan senang dihadam. Tak terlalu mencuba, tak rasa disogok-sogok ditolak ke dalam kerongkong.Natural.Feel itu sampai, masuk dan duduk lama dalam hati.Syabas, saya dah jadi peminat! :)

    6. Ayatnya ringkas. Tak terlalu mencuba atau dipaksa. Rasa lahir dari dalam hati. Kau dapat rasa ceritanya pasal apa. Aku rasa sedih bila baca puisi Karl Agan. Lagi-lagi bab Mitos. Aku pun setuju, puisi hanyalah sebuah taman yang sunyi. Because when i'm sad, I write poems too.

    7. Tidak keterlaluan rasanya memberi nilaian lima. Puisi dan Karl Agan seolah-olah berkongsi satu nyawa. Puisinya benar-benar sesuatu. Ada jiwa. Tidak pasti Karl Agan sebahagian dari puisi atau puisi itu yang sebahagian dari Karl Agan, sebab benar-benar sebati.Yang paling aku suka; 'Kunang-kunang', 'Mabuk Puisi', 'Saling Memeluk'.

    8. Terima kasih untuk satu kegembiraan dan rasa berbaloi membeli. Terus menulis lagi-- huruf-huruf di keyboard saya juga sedang bergelimpangan seperti puisi Kunang-Kunang, tak tahu bagaimana mahu menulis kata puji.

    9. Perfect book at a perfect time. The verse sweetly speaks to the heart and softly whispers to the soul.

    10. Sudah agak lama saya tidak membaca sajak yang 'menangkap' sebegini. Saya bayangkan kumpulan sajak ini bagaikan sekumpulan anak-anak remaja yang berteduh di bawah jambatan kayu sewaktu hujan lebat. Dalam dingin mereka termenung, merenung dan sesekali bercerita. Suara mereka rendah, seakan berbisik, tetapi bukanlah suara2 ketakutan. Anak-anak ini punya percakapan di dada masing-masingnya. Tetapi yang lebih memikat antara mereka adalah seorang pria yang pendiam dan dara yang manis tentunya. Mereka [...]

    11. It took me a day to read the poetry. Bagi saya, Karl memang mempunyai bakat dalam penulisan terutamanya bab puisi. Tajuk buku ni pun begitu sesuai dengan isi. Ada beberapa yang saya suka baca, yakni saya sempat mengambil gambar excerpt tertentu dan memuatnaik ke dalam Instagram. (That's the power of having social network). Tapi, ada juga beberapa buah puisi yang begitu membosankan saya because of its repetitiveness, atau banal dengan kata mudahnya. Kopi, sigaret, hujan dan puisi sudah begitu sin [...]

    12. Sebuah tulisan yang bukan dibikin terburu-buru, tetapi diperam lama agar dapat menghasilkan sajak-sajak yang baik. Tulisan yang kelihatan bersahaja tetapi meninggalkan kesan dalam diri pembaca. Saya berkira-kira mahu memberi 3 atau 4 bintang tapi akhirnya memilih 4 bintang atas usaha penulis kerana menghasilkan buku puisi yang tidak akan membazir wang dan waktu saya (dan kalian) untuk membacanya. Berkira-kira sama ada 3 atau 4 bintang juga, kerana saya yakin penulis Epitaf ini mampu menulis saja [...]

    13. Yup, lima bintang. Kalau boleh tambah, saya mau beri dua lagi bintang ekstra. This book is THAT good!Kumpulan puisi yang cukup manis dibaca; dan menggetarkan perasaan. Bahasanya mengalir dengan sangat bersahaja, tapi penuh emotif. Cerita-ceritanya dengan sendiri menyampaikan kisah penuh natural, tanpa perlu memaksa-maksa pembaca menekuninya dengan gigih.

    14. One of the best collection of poems I've read so far. He has made me inspired with his soul in his writing.

    15. Kalau kamu mahu membaca buku puisi paling indah, bacalah buku ini kamu pasti tidak akan lupa keindahan dalam setiap puisi-puisinya.

    16. Sekumpulan puisi yang romantis. Karl memindahkan mata kita ke dalam sepasang matanya di suatu sudut pandangan yang berbeza. Membicarakan kehidupan, norma dan sekitarnya dalam susunan kata romantis dan bernuansa sederhana. Bahkan, sajak-sajak cinta pun dari klise diangkat menjadi sesuatu yang mustahak dan berkesan dengan bahasa kepenyairannya.

    17. Poetry/puisi has always been my escape. Aku rasa mcm it helps you explore your own feelings through someone else's words. Well yeah coz i find it hard to explain myself sometime. Apa yg buat aku beli buku ni is the puisi at the back cover yang buat aku rasa mcm "i can totally relate with this guy" when Karl said that poetry is not for the broken hearted but sebuah taman yg sunyi. Deym. much for my escape, lonely rupanya. Hahah! Reading challenge #2 checked: a book you can finish in a day.

    18. "tak ada yang lebih merdu dari degup jantungmu,tak ada yang lebih ku mahuselain berbaring dan mendengar debar di dadamuyang mengeja seluruh namaku; aku ingin pulang ke rumah,aku ingin pulang ke rusukmu." Heimat, 39.karl dengan senang hatinya telah menyambut saya bertamu di rumah puisinya. setepatnya, laut perasaannya. sungguh, sengaja saya baca lambat-lambat, supaya tak habis cepat. 'laut'nya juga mudah direntasi, kerana saya sudah lali dan senang berenang di sana :)

    19. Pertama kali membaca tulisan Karl Agan. membaca puisi-puisinya seperti membaca kumpulan surat-suratnya, menyatakan yg terfikirkannya melalui ayat-ayat pendek. sesuai dengan tajuknya. Disebabkan ianya seperti membaca surat, membacanya dan tenggelam dalam alam yg dia ciptakan. membacanya berulang-ulangkali dan melambat-lambatkan untuk dihabiskan. Nah! bila lagi mahu membaca surat yg puitis sepertinya.

    20. Jikalau boleh disifatkan, puisi-puisi yang terkandung terasa sedap. Manis untuk dikunyah, lazat untuk dihadam. Perasaan-perasaan yang tidak disangka ada juga turut 'surfaced' dengan bait-bait yang tertulis."Tak ada yang lebih manisBerbanding kita berdua dan sekaki payungLangit yang gerimisDan bahu yang dipeluk."- Cinta Dalam Secangkir Hujan

    21. Heartbreaking, relatable dan penuh dengan penggunaan metafora yang efektif membuatkan puisi- puisinya subtle. Paling best bila ada imej- imej alam sebab alam dan cinta sangat natural bila dikaitkan bersama.

    22. Ada orang dekat twitter kata kalau nak baca puisi yang berat baca buku ni padahal ringan nak mampus . Tak berat langsung isu yang dibawanya . Seperti biasa , Selut (ke SFP ?) hanya tahu mengetengahkan puisi-puisi cinta dan perasaan sahaja . Tapi tak semualah :*

    23. Himpunan puisi dari anak kelahiran Sarawak, Karl Agan. Bacaan santai, berkonsepkan muram dan gelap, jalan dalam mencari isi dunia dan berkasih. puisi yang terus tanpa putar kata kata. Terus kepada pembaca.

    24. Selepas "Piramid" T. Alias Taib, akhirnya, kita ada buku yang mengubah arah jarum kompas penulisan puisi Malaysia.

    25. Kumpulan puisi yang manis dan cukup. Tidak perlulah bahasa yang bombastis untuk ungkapan rasa yang menangkap hati. Tahniah Karl Agan.

    26. Karl Agan buatkan aku mahu menyusun kata dan persembahkan ia pada dunia. Ya, dan aku bukan gemarkan puisi pun.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *