Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam

Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam Kassim Ahmad terkenal bukan sahaja sebagai ahli politik malah juga sebagai ahli pemikir sasterawan dan penulis terkenal di Malaysia Lahir di sebuah kampung pendalaman di Kedah beliau memasuki Univ

  • Title: Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam
  • Author: Kassim Ahmad Mahathir "Che Det" Mohamad
  • ISBN: 9789834352110
  • Page: 389
  • Format: Paperback
  • Kassim Ahmad, terkenal bukan sahaja sebagai ahli politik, malah juga sebagai ahli pemikir, sasterawan dan penulis terkenal di Malaysia Lahir di sebuah kampung pendalaman di Kedah, beliau memasuki Universiti Malaya di Singapura pada tahun 50 an dan seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London 1962 66 Penglibatan politiknya membawa beliaKassim Ahmad, terkenal bukan sahaja sebagai ahli politik, malah juga sebagai ahli pemikir, sasterawan dan penulis terkenal di Malaysia Lahir di sebuah kampung pendalaman di Kedah, beliau memasuki Universiti Malaya di Singapura pada tahun 50 an dan seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London 1962 66 Penglibatan politiknya membawa beliau memegang jawatan Pengerusi, Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun 1966 1984 sehingga beliau mengambil keputusan berundur Kassim banyak menulis pelbagai artikel dan buku Satu karya beliau yang kontroversi ialah Hadis Satu Penilaian Semula Memoir Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam ialah hasil tangannya yang terbaru.

    • [PDF] ✓ Free Read ☆ Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam : by Kassim Ahmad Mahathir "Che Det" Mohamad º
      389 Kassim Ahmad Mahathir "Che Det" Mohamad
    • thumbnail Title: [PDF] ✓ Free Read ☆ Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam : by Kassim Ahmad Mahathir "Che Det" Mohamad º
      Posted by:Kassim Ahmad Mahathir "Che Det" Mohamad
      Published :2018-08-25T23:48:22+00:00

    1 thought on “Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam”

    1. Setelah beliau pergi meninggalkan kita, barulah hati ini tergerak untuk mengenali siapa Kassim Ahmad.Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir dalam bahagian prakata buku ini, di penghujung hayat seseorang manusia akan kembali ke pangkal jalan walau seliar mana pegangan yang dipilih sewaktu muda dahulu.Semoga tulisanmu yang bermanfaat membangunkan jiwa manusia menjadi saham di alam sana Pak Kassim!

    2. MENCARI Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam karya Dr Kassim Ahmad bukan sekadar memoir atau autobiografi biasa yang merakam perjalanan hidup tokohnya, sebaliknya rangkuman aliran pemikiran Kassim yang memperlihatkan pendewasaan sejajar dengan perubahan zaman.Buku dengan kata pengantar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini dipecahkan kepada empat bahagian mewakili proses kematangan fikiran dan idealisme berlandaskan faktor perubahan persekitaran yang melalui latar tra [...]

    3. Kassim Ahmad menceritakan beberapa perkara penting dalam hidupnya yang tidak dapat tidak menjadi perhatian ramai khususnya buku tentang hadis yang ditulisnya. Diceritakan juga bagaimana lahirnya buku itu dan permintaan beliau agar hadis dikaji dan dinilai semula. Mencari Jalan Pulang boleh dikatakan sebuah biorafi ringkas kerana banyak peristiwa penting yang tidak diceritakan sepenuhnya seperti Jemaah al-Quran Malaysia dan penahananya dalam ISA (tetapi ada diceritakan dalam sebuah buku lain). Be [...]

    4. Jika Kassim Ahmad sampai dahulu ke alam Baqa', aku ingin sekali menulis belasungkawa pendek buat beliau. - Walau banyak sabda yang dinafi, di hujung sirat nanti, Muhammad nan terpuji akan menyambut tanganmu

    5. Mencari Jalan Pulang : Daripada Sosialisme Kepada Islam. Kassim Ahmad. ZI Publications. 2008.1) Buku ini aku jumpa atas rak buku Perpustakaan USIM. Dan bagi aku, buku ini memang sedap. Percayalah !2) Pertama kali aku baca hasil tulisan Allahyarham Kassim Ahmad. Sebelum ni pernah je dengar nama Kassim Ahmad daripada mulut-mulut orang.3) Buku ini mengandungi 4 Bahagian dan 21 Bab. Tebal buku ini adalah sebanyak 240 mukasurat.4) Bila kau baca buku ini, kau seolah-olah membaca pemikiran Allayarham K [...]

    6. Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari sudut latar sejarah tanah air dan sejarah dunia yang dicoretkan oleh penulis. Kata Dr Mahathir dalam kata pengantar buku ini, manusia itu akan mengalami tiga fasa kehidupan; fasa radikal/golongan kiri, fasa menjadi neutral/centralist dan fasa menjadi golongan kanan/konservatif. Dan buku ini melakarkan perjalanan penulis yang menganut fahaman sosialis pada awalnya dan akhirnya keluar menemui jalan Islam.Struktur buku ini dibahagikan kepada empat [...]

    7. Aku tidak mengharapkan ia sebuah naskah yang humor mahupun puitis, namun keikhlasan dan kejujuran Pak Kassim melakarkan kisah hidupnya telah benar menginspirasikan diriku. Ada beberapa perkara yang dapat aku ambil melalui memoir ini:-1)Pak Kassim merupakan anak kampung yang melalui perih jerih kehidupan marhaen sebelum menjadi seperti sekarang, apa yang benar menginspirasikan ialah kekuatan beliau datang dari satu tekad untuk mencari kebenaran untuk memaknai kehidupannya. Jarang benar aku dengar [...]

    8. Dah lama aku usung buku ni ke hulu ke hilir. Tapi baru khatam semalam. Aku jenis baca buku ikut mood. Kejap baca buku tu, kejap baca buku ni. Jadi, nak menghabiskan baca satu buku tu sangat lama. Dan nak review pun banyak dah lupa, haha! Bedallah. Buku ni versi bahasa Inggeris dah keluar, aku baru nak review yang bahasa melayu punya, tapi better late than never.Secara kasarnya, buku ini adalah sebuah memoir oleh pengarangnya. Kassim Ahmad seorang pelajar pintar, advanced, dan terpilih. Buku ini [...]

    9. Seorang tokoh yang sangat berwarna-warni (sekaligus kontroversi) seperti Kassim Ahmad ini memang wajar dibaca autobiografinya. Keberanian intelektual yang ditunjukkan sepanjang penglibatannya dalam masyarakat sebagai seorang ahli akademik, sasterawan mahupun tokoh politik merupakan sesuatu yang jarang dipunyai oleh tokoh-tokoh Malaysia yang lain. Beliaulah orangnya yang bertanggungjawab mencetuskan perubahan sudut pandang orang Melayu terhadap tokoh Hang Jebat dalam sejarah Melayu melalui tesisn [...]

    10. Pak Kassim Ahmad.Alangkah baiknya jika dikau menumpukan hidup mu pada sastera. Ranah politik, beserta sepak terajangnya- politik kiri mahupun kanan- sangat tidak cocok dengan mu.Hiruk pikuk perdebatan ugama juga bukan untuk mu. Kongkongan dan minda dogmatis agamawan terlalu menebal untuk ditembusi.Banyak sekali aku tidak bersetuju dengan mu. Namun dikau berhak dihormati. Berhak diangkat sebagai tokoh.Kerna engkau adalah engkau!

    11. Sebuah buku yang hebatMenceritakan tentang riwayat hidup seorang tokoh politik negara yang digeruniMenyebabkan jiwa orang membacanya membesar dan lebih memahami kehidupan ini secara meluasDapat juga mendalamai sejarah negara, sejarah tokoh-tokoh negara lain, sejarah isme di malaysia dan membina izzah terhadap islam.Seronok membaca ceritanya sewaktu kecik dan di bangku sekolahA must read book!

    12. Pemimpin kita mengutamakan pembangunan intelektual fizikal lebih daripada pembangunan intelektual, budaya dan seni, sedangkan pembangunan harus dilihat sebagai suatu proses sepadu yang meliputi sektor-sektor fizikal , mental , moral dan rohaniah.

    13. Read a few pages and realized the monotonous pace is tiring for me. Gave the book away after two chapters. Mungkin suatu autobiografi itu sepatutnya lebih 'mendalam' atau lawak. Kalau setakat monoton tanpa anekdot, tak berbaloi rasanya menghabikan masa cuba memahami kehidupan orang lain.

    14. Ada pemikiran beliau yang aku setuju dan ada yang tidak.Tapi buku ini berbaloi dibaca dan diambil sisi baiknya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *